Bab 1 : Ahli Baru.
“Emy!
Sampai hati kau.” tiba-tiba Aliy berteriak sebaik terlihat kelibat aku
menghampiri mereka bertiga.
Aku
tercengang. Dengan wajah aku berkerut melabuh duduk di bangku kayu sebelahnya.“Korang ni kenapa?
Tiba-tiba buat muka bengang dengan aku ni?” soalku sambil memandang mereka
bertiga silih berganti dengan wajah cuak.
“Yelah
Emy, ayah kau nak kahwin lain, tak ajak kami pun, ya. Kata kawan sampai mati,
ni tak sempat nak dewasa lagi kau dah pulaukan kami ya,” tempelak Hakim.
“Uf!” Aku mendengus kasar. “ Kalau pasal tu baik tak payah, sebut!”
“Ooo,
marah nampak,” perli Fahmi pulak.
Kalau
korang nak tahu kami berempat ni sebaya malah berkongsi tarikh lahir yang sama.
Tapi aku lebih tua berbanding mereka bertiga sebabnya aku dulu 3 jam lebih awal
dari mereka bertiga. Jadi disebabkan aku yang paling awal lahir aku lantik diri
aku sendiri jadi ketua dalam geng Hantu. Masa kami lahir dulu, kecoh satu
kampung sebab mak-mak kami melahirkan kami serentak di hospital yang sama.
Kelakarkan?
“Yeah!
Emy seronok apa dapat mak baru ni? Lain kali kau tak payah makan nasi hangit
berulamkan telur hancur dan berkuahkan minyak dah,” perli Aliy sambil tersengih
menayangkan giginya yang kuning itu.
Aku
senyap menahan rasa marah membuak-buak di dada. Mereka bertiga ketawa bagaikan
nak runtuh dunia gelakkan aku.
“Yeay!Yeay! Emy dapat mak baru….”
Suara dari tiga si bujang lembab
terngiang-ngiang berdesing di cuping telinga aku. Malas pedulikan ejekan
mereka. Bukan aku tak tahu mereka selalu macam ni.
“Emy,
aku bukan nak hasut kau. Tapi inilah hakikatnya. Tiba-tiba Fahmi bersuara.
Memek mukanya serius pulak tu.
“Hakikat
apa Fahmi?” Sampuk Aliy belum sempat aku membuka mulut.
“Hrm,
mak tiri ni biasalahkan seperti dalam cerita-cerita dogengan tu….”
“Yelahkan.
Mak tiri ni tak de yang baik semuanya kejam-kejam. Macam mak tiri cinderellah,
snow white, bawang putih, mereka semua nak bunuh anak tiri mereke sebab mahukan
harta. Ayah kau kan banyak kebun Emy. Aku yakin pasti mak cik Anis akan buat
perkara sama seperti mak tiri yang lain buat dekat anak-anak tiri mereka,”
provok Fahmi berjeda dengan semangat.
“Aku
pun rasa macam tu gak Emy. Sebab sepupu aku yang duk kat kl sana selalu luah
kat aku. Dia cakap mak tiri selalu cubit dia kalau dia tak buat kerja rumah.”
Tokok Hakim pula.
“Dah
habis ceramah?” sampukku kasar.
“Emy,
aku….”
“Aku
kata cukup! Cukuplah!” Sepantas kilat aku mecengkam leher baju Fahmi kuat
dengan wajah merah padam. Dia tergamam.
“
Sekali lagi aku dengar korang sebut pasal ni, aku tak teragak-agak belasah
korang semua!” Aku memberi amaran tegas kepada mereka serentak itu melepaskan
kolar baju Fahmi dan terus bangkit meninggalkan mereka yang masih tergamam.
Aku berlari selaju yang mungkin
meninggalkan mereka bertiga. Benci! Benci! Itulah keadaan diriku sekarang.
Kenapa semua ini harus terjadi pada aku? Aku tak mahu seorang ibu lagi. Ayah
seorang dah cukup bagiku untuk meneruskan hidup di dunia ini.
Aku menghenyak kasar punggung di
tebing danau. Air yang kelihatan keruh dapat menenangkan api kemarahan aku.
Keluar rumah dengan hajat nak bermain melepaskan rasa geram dengan keputusan
ayah tapi lain pulak jadinya. Serabutnya aku!
“Myra!Myra!”
Sahut-sahut kedengaran suara ayah
berteriak memanggil aku. Aku mengeluh entah ke berapa kalinya.
Dengan malas aku bangkit dari duduk.
“Ya, Myra dekat sini!” Laungku. Aku mengeluh kasar. Bencilah! rungutku sendiri.
Aku mengambil selipar lalu naik ke tebing untuk mendapatkan ayah. Tidak lama
kemudian ayah menghampiriku dengan wajah agak tegang.
“Myra! Dah tahu pukul berapa
sekarang ni?”! Jergah ayah, aku menjugkit bahu.
“Dah dekat magrib. Tak reti-reti nak
balik rumah ke? Meh balik.” Ayah memarahi aku seraya mencengkam bahuku kasar
mengheret aku untuk pulang ke rumah.
Sepanjang perjalanan ke rumah ayah
asyik membebel.
“Malam ni majlis akad nikah ayah.
Kamu masih nak keluar bermain lagi ke?”
“Siapa suruh ayah kahwin? Myra tak
tak pernah suruh ayah cari penganti ibu.” Jawabku tanpa menoleh wajah ayah.
“Hah! Menjawab ikut sangat perangai
syaitan. Patutlah suka sangat bermain sampai ke magrib sebab syaitan dah
berkeliaran dalam tubuh badan kamu menghasut suruh derhakakan ayah.”
Aku senyap. Malas nak membalas lagi
kata-kata ayah. Siapa tak gerun bila ayah sendiri cakap kita anak derhaka!
Akhirnya aku melangkah masuk ke rumah meninggalkan ayah sedang pot pet
itu.
“Ya Allah, Myra! Kamu tak siap lagi.
Cepat sikit ayah dah lewat nak ke masjid ni.” Marah ayah. Aku masih degil dan
memdiamkan diri. Rancangan cerita kartun Naruto masih menjadi tatapan
aku.
“Kenapa degil sangat kamu ni?” Marah
ayah lagi, kali ini suara keras bunyinya.
“Emyra Nasuha!” Pekik ayah bila
sahutannya tidak diendahkan olehku.
Aku kalih memandang wajah ayah yang
seperti singa tengah kelaparan. “Apa?” Jawabku malas.
“Cepat bersiap. Kita nak ke masjid
pulak.”
“Myra tak nak pergi! Myra tak nak
mak baru. Myra tak suka.” Lawanku.
“Kamu jangan nak melawan cakap ayah.
Ayah kahwin baru sebab kamu jugak?!”
“Myra tak suruh pun ayah kahwin
lain. Myra bahagia hidup dengan ayah saja,” balasku lagi cuba meminyakkan api
kemarahan ayah
“Jangan nak degil sangat!” marah
ayah lagi, telingaku dipiat kuat.
“Sakit ayah.” Rengetku.
“Dah! Masuk bersiap sekarang.”
Aku membentak lalu berlari masik ke
bilik. Hasil hempapkan yang agak kuat,seluruh rumah berdetum bunyinya.
‘Myra tak nak maka baru myra hanya
nak mak saja,’ rengekku sendiri.
“Myra…oh, Myra…” suara nenek dari
luar sayup kedengaran . Dengan pantas aku menuju ke pintu bilik lalu membukanya.
Tubuh tua nenek kupeluk erat.
“Nenek,
Myra benci ayah. Myra tak nak ayah kahwin lain nek. Mak tiri semuanya jahat.”
“Syhh,
Myra tak baik cakap ayah macam tu. Mak Myra tak pernah ajar Myra kurang ajar
dengan Myra kan?” Tanya nenek. Aku mengangguk.
“Kalau
macam tu, nenek tak nak Myra melawan cakap ayah lagi. Bersiap cepat ayah dah
tunggu dalam kereta dah tu.”
“Hrm….”
jawabku dalam sendu.
Sebaik sampai diperkarangan masjid. Nenek
memimpin tanganku menapak masuk ke masjid
di bahagian ruangan perempuan. Nenek menarik tanganku agar duduk di
sebelahnya. Kemudian datang mak cik Anis dengan wajah berseri-seri menghampiri
nenek lalu menundukkan badannya bersalaman dengan nenek. Selepas itu tanganya
beralih padaku. Aku menjeling seolah-olah dia tidak wujud di hadapanku.
“Myra..”
Tegur nenek.
Aku
dengan wajah penuh kebencian tunduk mencium tangannya. Dia sempat mengusap
ubun-ubunku dengan lembut sekali. Aku apa lagi terus mengelak. Ayah disebelah
sana sudah mencerlung tajam memandangku. Dengan pantas aku mengalih ke tempat
lain.
Selesai
akad nikah sekali lagi mak cik Anis menunduk mencium tangan nenek. Aku
memandang kea rah lain tak nak mencium tangannya.
“Myra,”
seru mak cik Anis lembut. Aku memandangnya dengan wajah jemu di sisinya ada
seorang lelaki remaja tersenyum manis padaku.
“Ini
bakal abang kamu, Ahmad Yusuf Adham.” Mak cik Anis memperkenalkan anak
lelakinya padaku.
“Assalamualaikum
Myra, seronok dapat adik,” ucapnya. Aku menggaru pipi yang tak gatal sambil
mencemik.
“Myra
lepas majlis kat rumah kita mak cik Anis dan Yusuf akan tinggal dengan kita,”
celah ayah tiba-tiba. Masa mana dia menghampiri kami, aku sendiri tidak tahu.
“Apa?”
Soalku spontan. Nak gugur jantungku bila ayah buat keputusan macam tu.
“Ya,
jangan macam songeh,” pesan ayah lagi.
“Tak
nak! Emy tak nak!” Pekikku lalu berlari keluar dari perkarangan masjid. Aku
mendengar ayah dan nenek menjerit memanggilku. Tapi aku tidak pedulikan
panggilan mereka.
‘Ibuu….’
rintihku bersama air mata yang berlinangan.
salam semua selamat dtg ke blog baru DN..waaaaaaaaaaaaaaa nak nangis bila dapat tahu blog yang dulu diserang malware..DN tak tahu cara nak baiki..last amik keputusan buat blog baru. nah! baru puah hati no.. hehehehe ..apa2 pun DN ucapkan trimas pada yang sudi baca karya2 DN..
sayang kamu semua <3









0 comments:
Catat Ulasan